𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐎𝐏 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐑𝐈𝐒, 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐈𝐌𝐀
24 OGOS 2023 (KHAMIS) – Program Penyelarasan Skop Kerja Marris, Aduan Awam dan Kewangan Tahun Kelima telah diadakan pada jam 8.30 pagi di Hotel Sofera, Seri Manjung.
Penyelarasan skop kerja ini melibatkan syarikat Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Ahli-ahli Majlis MPM. PEISB merupakan sebuah syarikat konsesi dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM dan dipengerusikan oleh Encik Ammirrul Mazelan, Pengurus Seksyen Manjung, PEISB. Pelbagai permasalahan yang telah diutarakan oleh penduduk telah diselaraskan iaitu melibatkan skop kerja MARRIS, aduan awam serta penerangan berkaitan kewangan.
Turut hadir ialah Ir. Saiful Azzuan Anam, Pengurus Besar, Encik Mohd Hafiz Bujang dan Puan Mashitoh Aziz, Penolong Pengurus Besar, PEISB.