PEROBOHAN MENARA TELEKOMUNIKASI TANPA KELULUSAN

Sebuah struktur menara telekomunikasi di Lot 16300, Jalan Kampung Bintang, Sitiawan yang dibina tanpa kelulusan sejak tahun 2021 telah dirobohkan semalam.

Struktur ini telah dikenakan tindakan penguatkuasaan sitaan dan arahan berhenti kerja serta-merta di bawah Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) apabila mendapat aduan daripada penduduk setempat yang menyatakan berlaku aktiviti binaan haram.

Walau bagaimanapun, arahan penguatkuasaan telah dipatuhi dan struktur tersebut telah dirobohkan oleh pemilik pada 29 Disember 2022.

Justeru, orang awam dinasihatkan supaya tidak melaksanakan apa-apa binaan sebelum mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Manjung. Binaan struktur tanpa kelulusan akan menyebabkan kacau ganggu dan persekitaran tidak kondusif serta menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan.

PEROBOHAN MENARA TELEKOMUNIKASI TANPA KELULUSAN
PEROBOHAN MENARA TELEKOMUNIKASI TANPA KELULUSAN

PEROBOHAN MENARA TELEKOMUNIKASI TANPA KELULUSAN