MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN KAMPUNG BARU CINA TAHUN 2024

Majlis Pelancaran Pertandingan Kampung Baru Cina Tahun 2024 bertemakan Kampungku Indah, Komuniti Sejahtera dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Dewan Meihua, Kampung Jering, Ayer Tawar.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Adun Pengkalan Baharu, YB Azman Bin Noh, Adun Pantai Remis, YB Wong May Ing, Adun Astaka, YB Jason Ng Thien Yeong, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Tuan Yang Dipertua MPM, Tuan Muhammad Faizal Shah Bin Safian Suri, Ahli-Ahli Majlis MPM, Pegawai-Pegawai dari KPKT, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta penduduk dari komuniti Kg Baru Cina, Kampung Jering.

YB Menteri KPKT menyampaikan hasrat kepentingan menjaga pengindahan kampung- kampung baru kerana mempunyai identiti dan warisan yang tersendiri dan beliau telah menyatakan bahawa Daerah Manjung dipilih menjadi lokasi pelancaran pertandingan edisi tahun ini bersesuaian dengan sejarah dan imej Daerah ini yang pernah menjadi johan ataupun pemenang pertandingan pengindahan Kampung Baru Cina paling banyak di peringkat kebangsaan sejak sekian lamanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar dapat diadakan Konvensyen Kampung Baru menjelang tahun 2025 kelak. Di dalam majlis pelancaran ini juga, YB Menteri KPKT turut mengumumkan hadiah tempat pertama bagi pertandingan pengindahan ini berjumlah RM 1 juta bakal diterima kampung yang memenanginya.

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN KAMPUNG BARU CINA TAHUN 2024
MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN KAMPUNG BARU CINA TAHUN 2024
MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN KAMPUNG BARU CINA TAHUN 2024