MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG KAMPUNG JERING.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Gelanggang Bola Keranjang Kampung Jering.

Majlis disempurnakan oleh Menteri KPKT, YB Tuan Nga Kor Meng yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Adun Pengkalan Baharu, YB Azman Bin Noh, Adun Pantai Remis, YB Wong May Ing, Adun Astaka, YB Jason Ng Thien Yeong, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Tuan Yang Dipertua MPM, Tuan Muhammad Faizal Shah Bin Safian Suri, Ahli-Ahli Majlis MPM, Pegawai-Pegawai dari KPKT, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta penduduk dari komuniti Kg Baru Cina, Kampung Jering.

YB Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Gelanggang Bola Keranjang di Kampung Jering, Ayer Tawar hari ini dengan memberikan sumbangan RM 300 ribu bagi pembinaan gelanggang bola keranjang yang baharu bagi komuniti di sini. Ahli Parlimen Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham turut menyambut baik sumbangan dari Menteri KPKT dan seterusnya menyampaikan tambahan dana RM100 ribu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi pembinaan gelanggang bola keranjang tersebut.

Projek pembinaan gelanggang bola keranjang ini yang lengkap berbumbung akan menggantikan gelanggang yang lama yang telah usang dan akan digunakan komuniti penduduk sebagai wadah kesatuan komuniti tidak mengira bangsa dan sebagai platform riadah.

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG KAMPUNG JERING.
MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG KAMPUNG JERING.