1.Merancang, mengurus dan melaksanakan semua aspek berkaitan Bahagian Kemasyarakatan, Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan serta Bahagian Sukan.

2.Berusaha memberi penerangan, informasi serta menampilkan idea-idea bagi melaksanakan program komuniti, pelancongan dan sukan MPM kepada orang awam dalam usaha untuk menaikkan imej MPM.

3.Bertindak sebagai sebuah jabatan yang menjadi saluran komunikasi utama penduduk serta penyebaran informasi antara dua pihak iaitu MPM dam warga perbandaran Manjung.

4.Merancang, mengurus dan mengendalikan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan bersama penduduk dan warga kerja seperti bersukan, aktiviti kebudayaan dan seumpamanya bagi merapatkan dan memupuk suasana Mesra Rakyat Majlis Perbandaran Manjung.

5.Menyelaras dan mengendalikan program-program MPM serta acara pelancongan yang melibatan MPM dengan bekerjasama dengan agensi / jabatan kerajaan lain mahupun pihak swasta.

6.Merancang, mengurus dan melaksanakan Program Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung
terutama ke atas pelaksanaan Pelan Tindakan bagi program ini.

7.Menyelaras Program Bersih dan Indah di daerah Manjung dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar.

8.Menyelaras Ahli Majlis sebagai Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk dan Area Officer.

9.Menguruskan dan mengendalikan dialog atau pertemuan orang awam dengan MPM melalui sesi Town Hall Meeting atau kaedah perjumpaan dan turun padang.

10.Menyelaraskan laporan kerja-kerja kebersihan di daerah Manjung dengan bantuan “Pegawai Pemerhati” yang telah dilantik.

11.Menguruskan Pusat Informasi Pulau Pangkor dan Pusat Intergrasi Pelancongan Lumut sebagai pusat operasi perkhidmatan kepada para pelancong.

12.Menguruskan sewaan / penggunaan dewan, kompleks sukan dan kemudahaan awam milik MPM.

13.Menguruskan pelaksanaan  Program Pembasmian Kemiskinan Bandar MPM.

14.Bertindak sebagai pemudah cara yang mesra antara warga perbandaran dan jabatan di MPM dalam menganjur, menyelaras dan menyediakan aktiviti serta program kemasyarakatan kepada masyarakat setempat.