FUNGSI JABATAN PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN
1. Mencadangkan penggubalan dasar dan melaksanakan dasar pelesenan yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.
2.Memproses dan mengeluarkan lesen premis perniagaan, penjaja, peniaga kecil, lesen
iklan, lesen hiburan, minuman keras dan lesen pelbagai berdasarkan syarat dan peraturan Majlis Perbandaran Manjung sebagai penguasa tempatan.
3.Menguatkuasakan undang-undang dan syarat-syarat semua lesen yang dikeluarkan oleh jabatan untuk mewujudkan aktiviti dan komuniti perniagaan yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
4.Mengawal dan memastikan amalan budaya sihat dalam komuniti perniagaan.
5.Merancang serta menggalakkan pertumbuhan sektor perniagaan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi disamping mewujudkan suasana perniagaan yang bersih,sihat dan teratur serta mengekalkan keindahan Daerah Manjung.
6.Merancang keperluan dan pembangunan pasar dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi
7.Bertindak sebagai sebuah Jabatan pemungut hasil Majlis Perbandaran Manjung melalui kutipan fi lesen.
8.Bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang diwakilkan kuasa ke atasnya.