FUNGSI-FUNGSI UTAMA JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR

1.         Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.

2.         Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.

3.         Memantau dan memperaku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan.

4.         Merancang dan mengurus aktiviti kawalan vektor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Manjung.

5.         Melaksanakan penggredan tandas (Pengauditan dan Star Rating Kebersihan Tandas Awam) 4 kali setiap bulan bagi tandas awam milik Majlis Perbandaran Manjung.

6.         Menghantar reten pengredan tandas awam ,tandas kegunaan awam, kawalan denggi dan tikus  ke SUK/KPKT setiap suku tahun sebelum 10 haribulan.

7.         Melaksanakan pengkomposan sisa makanan bagi menghasilkan baja organik      dan             menjana pendapatan melalui penjualan baja kompos.

8.         Menjalankan program pertukaran barangan kitar semula dan barang keperluan    harian pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan. 

9.         Melaksanakan Program Amalan Kitar Semula 3R di sekolah secara berkala.

10.       Melaksanakan Program Amalan Kitar Semula di setiap Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.

11.       Menjalankan pemantauan ke atas 18 bangunan kitar semula milik Majlis Perbandaran Manjung dan 7 lokasi penempatan tong SULAM setiap bulan.

12.       Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan perbandaran.          

13.      Merancang dan mengurus pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.

14.       Menyedia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.

15.       Menyedia dan mengurus dokumen sebutharga dan tender jabatan.

16.       Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan. 

17.       Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.

18.       Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan bangunan Majlis.

19.       Merancang dan menyelaras kursus dan latihan anggota.

20.       Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.

21.       Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tuntutan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.

22.       Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.

23.       Merancang dan mengurus penyelenggaraan tapak pelupusan.

Pages: 1 2 3