PENGENALAN
JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR
-Merancang dan melaksanakan perkhidmatan perbandaran kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang komprehensif, cekap dan berkesan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa kepada penduduk selaras dengan piagam yang ditetapkan.
-Meningkatkan taraf kesihatan dan mutu penghidupan penduduk di dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan aktiviti kesihatan yang cekap dan berkesan
-Meningkatkan, memelihara keselesaan dan perpaduan penduduk Manjung melalui pengawalan vektor dan kacauganggu yang berkesan.
-Mencegah dan melindungi penduduk Manjung daripada bahaya penyakit berjangkit bawaan vektor melalui kawalan dan pencegahan yang berkesan.
-Meningkatkan tahap kualiti perancangan, pelaksanaan dan pengawasan yang berkaitan dengan kawalan vektor pembawa penyakit dan kacau ganggu.
-Memupuk minat dan kesedaran masyarakat berkaitan amalan kitar semula 3R agar sumber bumi dapat diselamatkan sekaligus mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan sampah.
-Meningkatkan penghasilan baja organik melalui pengkomposan sisa makanan yang dapat menjana pendapatan pihak Majlis.
-Meningkatkan tahap kualiti kebersihan tandas awam dan tandas kegunaan awam supaya dapat memberikan keselesaan kepada orang awam dan pelancong.
-Meningkatkan produktiviti dengan menerapkan etika kerja yang baik serta nilai-nilai murni, memperkemaskan pentadbiran dan membentuk satu imej Majlis yang dibanggakan.