1.Menyediakan perancangan pembangunan dengan kemas dan teratur bagi dinikmati oleh penduduk mengikut matlamat wawasan.
2.Mengawal pertumbuhan pembangunan Majlis supaya dapat memberi faedah kepada masyarakat dan pengunjung.
3.Merancang pembangunan kawasan untuk kemudahan awam.
4.Penggerak perubahan dan pembangunan di kawasan Majlis dengan berkesan kepada penduduk.
5.Merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis mengikut program dan peruntukan yang disediakan seterusnya membantu pembangunan kawasan MPM.
6.Melaksanakan projek-projek yang secara langsung dan tidak langsung dapat menambah pendapatan Majlis/Kerajaan melalui caj-caj dan cukai.
7.Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat letak kereta, pondok menunggu bas dan lampu jalan.
8.Menyelia/mengawal sistem lalu lintas di kawasan bandar.
9.Memproses kelulusan pelan-pelan infrastruktur iaitu Pelan Kerja-kerja Tanah, Jalan dan perparitan serta Lampu Jalan.
Bahagian Projek
1.Menyediakan perancangan projek-projek pembangunan Majlis.
2.Menyediakan permohonan peruntukan kepada Kementerian / Negeri / Majlis.
3.Menyelaraskan pelaksanaan projek.
4.Mereka bentuk dan menyediakan dokumen untuk tawaran, tender dan sebutharga serta proses penilaian tender.
5.Menyediakan laporan tender/sebut harga untuk Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga.
6.Menyediakan dan mengemukakan laporan prestasi projek-projek kepada Kementerian / Negeri / Majlis.
7.Memproses pembayaran kepada kontraktor.
Bahagian Penyelenggaraan
1.Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan yang berkaitan dengan jabatan.
2.Memantau dan menyediakan laporan prestasi bagi penyelenggaraan-penyelenggaraan yang berkaitan dengan jabatan.
3.Menerima permohonan dan aduan kerosakan lampu jalan awam dan lampu hiasan.
4.Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan jalan, bangunan dan pemaritan serta aset-aset Majlis.
5.Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan-aduan berkaitan dengan jabatan.