FUNGSI UNIT UNDANG-UNDANG DAN INTEGRITI
- Menyelaras dan mengemaskini perjalanan urusan Majlis Perbandaran Manjung menurut Undang-undang, Peraturan-peraturan dan garis panduan yang diterima pakai dan terkini.
- Menjalankan pendakwaaan bagi pihak Majlis di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Undang-undang yang berkaitan.
- Membuat pendrafan dan semakan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Manjung.
- Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan lain di Majlis Perbandaran Manjung agar segala tindakan diambil tidak bercanggah dengan perundangan yang dikuatkuasakan.
- Menguruskan penggubalan, penyemakan dan pewartaan Undang-undang Kecil, Perintah, Pekeliling dan Kaedah-Kaedah Majlis Perbandaran Manjung.
- Menyediakan dan menyemak notis perundangan.
- Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan bagi kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaaan.
- Menguruskan hal tuntutan, pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
- Memberi kesedaran dan hebahan kepada warga kerja dan masyarakat supaya mematuhi Undang-undang dan peraturan yang diguna pakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.
- Pengurusan Integriti dan Antirasuah Majlis Perbandaran Manjung.
- Menerima aduan berkaitan dengan integriti dan salah guna kuasa.