FUNGSI UNIT AUDIT DALAM DAN KUALITI

1.Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa

2.Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.

3.Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi daripada segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.

4.Memberi nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk ICT.

5.Melaporkan kepada pihak pengurusan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.

6.Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan.

7.Membentangkan Laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (jika ada).

8.Menguruskan pelaksanaan inovasi, kualiti dan produktiviti.