1.Menyediakan Senarai Nilaian bagi semua harta yang terletak di kawasan kadaran dengan menjalankan kerja-kerja pindaan Senarai Nilaian pegangan baru dan tambahan termasuk pecahan lot kosong untuk tujuan cukai taksiran am.

2.Menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, TLDM, Negeri dan Badan-badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan kadaran untuk maksud Caruman Membantu Kadar (CMK).

3.Pengesahan Senarai Nilaian dan pengeluaran notis-notis meminda memberitahu mengenai penguatkuasaan cukai taksiran kepada pemilik pegangan.

4.Mengurus dan mengendalikan kes-kes bantahan untuk diperdengarkan dalam Mesyuarat Mendengar Bantahan.

5.Menguruskan pengeluaran bil-bil cukai taksiran bagi penggal pertama dan kedua.

6.Menyediakan kadar peratus cukai taksiran setiap tahun bagi semua kawasan kadaran dan memanjangkannya kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan.

7.Menyediakan, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar atau tidak layak didiami untuk dibatalkan daripada Senarai Nilaian dan di dalam kes  rumah kosong untuk diberi rebat cukai taksiran atau remisi.

8.Mengemas kini maklumat pertukaran alamat surat-menyurat bil cukai taksiran dan   pindah milik nama pegangan berkadar.

9.Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi tuntutan cukai taksiran dan tunggakan cukai taksiran.