FUNGSI JABATAN

Bahagian Bangunan

  1. Memproses kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Pindaan / Tambahan Kepada Bangunan Sedia Ada , Pindaan kepada Pelan Lulus dan Kerja-Kerja Kecil Bangunan.
  2. Memproses permohonan Permit Sementara – Bangunan Sementara, Bangsal Pekerja, Mendeposit Bahan Binaan, Bangsal, Khemah Pertunjukkan dan lain-lain yang berkaitan.
  3. Menerima dan merekod Pelan-Pelan Struktur Konkrit Tetulang (RC) serta pengiraan.
  4. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan dan memproses penerimaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) – Certificate of Completion and Compliance.
  5. Membuat pemantauan tapak secara berkala (3 bulan) sekali selepas pelan bangunan diluluskan (CCC).
  6. Memantau pemeriksaan berkala bagi bangunan yang melebihi 5 tingkat berusia lebih dari 10 tahun.

Bahagian Kawalan Bangunan & Penguatkuasaan

  1. Membuat lawatan pemantauan penguatkuasaan mengikut kawasan secara berjadual.
  2. Mengeluarkan Notis bagi kesalahan berkaitan kerja-kerja bangunan dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta133)
  3. Mengeluarkan kompaun bagi kesalahan-kesalahan berkaitan kawalan pembangunan seperti yang diperuntukkan dibawah Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan-kesalahan) (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit dan Bangunan 2013.
  4. Mengadakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu berkaitan bangunan.
  5. Menyiasat, menyelaras dan mengambil tindakan susulan keatas aduan-aduan awam berkaitan Jabatan Bangunan.