𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
Cukai taksiran adalah penting bagi penduduk untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan komuniti dalam menyediakan perkhidmatan kepada penduduk secara lebih menyeluruh dan berkesan. Membayar cukai taksiran bukan sekadar kewajipan mengikut peruntukan undang-undang, tetapi juga adalah tanggungjawab bersama untuk kemakmuran dan kesejahteraan komuniti perbandaran.
Sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), adalah menjadi tanggungjawab pemegang harta untuk menyemak dan membayar cukai taksiran.
Sila jelaskan cukai taksiran anda sebelum atau pada 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒. Elakkan pegangan anda daripada disita.
Pemilik-pemilik harta boleh melakukan 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗹 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗮𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗺𝘆𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store. Anda juga boleh hadir ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung dibuka setiap hari bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang (Isnin – Jumaat).
Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang anda telah berikan kepada kesejahteraan Perbandaran Manjung.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui Whatsapp di talian 011-10729765.