𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟏 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan melaksanakan operasi sitaan cukai taksiran mulai 27 Mei hingga 30 Jun 2024 ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.
Tindakan sita dilaksanakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 148 tindakan untuk menuntut tunggakan apabila pemilik pegangan gagal untuk membayar tunggakan cukai taksiran.
MPM menasihatkan pihak berkaitan melunaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Sekiranya ingin membuat bayaran secara ansuran boleh membuat permohonan secara bertulis ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Terima kasih diucapkan kepada yang telah membuat pembayaran cukai, kerjasama anda amatlah kami hargai
Sila semak dan bayar melalui Aplikasi myMANJUNG (https://mymanjung.mpm.gov.my/) yang boleh dimuat turun di 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞 𝐏𝐥𝐚𝐲 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞 (𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐨𝐢𝐝 : https://play.google.com/store/apps/details) dan 𝐀𝐩𝐩 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞 (𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐈𝐎𝐒 : https://apps.apple.com/my/app/mymanjung/id1578650583) atau 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 di talian 011-10729765 bagi mendapatkan bil cukai taksiran dalam bentuk PDF.
Elakkan harta anda daripada disita