𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍: 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐀𝐉 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍
Dimaklumkan bahawa Pantai Teluk Senangin merupakan pantai peranginan yang terbuka untuk orang awam. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Manjung ingin menegaskan bahawa pihak MPM tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengunjung yang ingin bersantai, caj tapak perkelahan, membentang tikar dan sebagainya.
Pantai Teluk Senangin adalah hak milik awam dan harus dinikmati oleh semua tanpa sebarang bayaran tambahan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengenakan sebarang caj kepada orang awam, aduan boleh dibuat melalui Hotline Aduan Awam Majlis Perbandaran Manjung di talian 05-6898833.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Manjung