𝐌𝐏𝐌 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
13 DISEMBER 2024 (JUMAAT) –
Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Beruas pada jam 6.00 petang.
Lawatan ini adalah untuk meninjau keadaan mangsa bencana demi memastikan kebajikan mereka terpelihara serta melihat keperluan tambahan yang bersesuaian.
Sebagai tanda keprihatinan, MPM menyerahkan sumbangan kotak ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela) dan bantuan kotak makanan kepada mangsa bencana bagi meringankan beban mereka yang terjejas. Selain itu, MPM turut mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah sisa pepejal di kawasan ini.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; YB Encik Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu; Puan Nor Amelia Ali, Pegawai Kebajikan Masyarakat; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; Encik Mohd Amirudin Kesmiran, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Ahli-ahli Majlis dan Pengarah MPM.