
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐑𝐔 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
23 FEBRUARI 2025 (AHAD) – Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak di Jeti Terapung, Lumut.
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) terlibat secara langsung dalam persiapan termasuk penyediaan lokasi serta pelbagai kemudahan berkaitan selain melaksanakan program Car Free Day dan kaunter bergerak bagi memudahkan urusan pembayaran cukai taksiran, sewaan dan lesen perniagaan.
Semasa majlis, MPM juga telah memperkenalkan inovasi terbaru iaitu Bollard Mesra Wheelchair (BMW) yang telah diuji cuba oleh YAB Menteri Besar sendiri dan tetamu kehormat. BMW menyediakan laluan yang lebih selesa dan selamat untuk pengguna kerusi roda serta ibu bapa yang menggunakan stroller.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM; Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung serta Ahli-ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan daerah Manjung bagi bersama-sama semua orang kenamaan dan ketua-ketua jabatan peringkat Negeri Perak.
Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Inisiatif ini bukan sekadar satu strategi pembangunan, tetapi satu komitmen jangka panjang dalam memastikan kemajuan yang lestari dan inklusif demi manfaat generasi akan datang.


