𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌
Tarikh: 3 September 2024 | Selasa
Masa: 9.30 Pagi
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek semasa yang sedang dijalankan di bawah kawal selia MPM di Pulau Pangkor. Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan projek-projek berkenaan serta memastikan segala pelaksanaan berjalan mengikut piawaian, spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
Lawatan ini diketuai oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua bersama Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, barisan Pengarah Kanan, Pengarah, dan pegawai-pegawai MPM.
Semasa lawatan, setiap tapak projek diperiksa dengan teliti bagi memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan serta mematuhi segala peraturan keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Diharapkan projek-projek yang sedang dilaksanakan akan terus berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada komuniti Manjung dan semua pihak berkepentingan selaras dengan visi MPM untuk membangunkan daerah ini sebagai sebuah Bandar Raya Pelancongan dan Maritim.