𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐈𝐒𝐔 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung sedang menjalankan kaji selidik berkaitan isu semasa mengenai banjir kilat yang berlaku di kawasan hotspot banjir, khususnya di Sitiawan dan Kampung Koh. Oleh yang demikian, MPM memerlukan data dan maklum balas daripada penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan tersebut untuk menjawab kaji selidik ini.
Untuk makluman, kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada komuniti setempat agar perkhidmatan yang diberikan dapat dipertingkatkan pada masa hadapan demi kesejahteraan bersama.
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟭𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱. Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Pautan kaji selidik adalah seperti berikut https://forms.gle/V55kWshzPx5Wuey78
Terima kasih atas masa dan kerjasama yang diberikan.
