𝐈𝐒𝐔 𝐋𝐎𝐍𝐆𝐆𝐎𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑

𝐈𝐒𝐔 𝐋𝐎𝐍𝐆𝐆𝐎𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑

Pada jam 10.00 pagi tadi, telah diadakan satu sidang media bersama YB Loh Sze Yee, EXCO Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak berkaitan isu longgokan sampah hanyut di Pantai Teluk Batik dan Pulau Pangkor yang viral baru-baru ini.

Ia bukanlah hasil daripada sikap tidak bertanggungjawab penduduk atau pengunjung sebaliknya longgokan sampah ini terhasil disebabkan oleh fenomena air pasang besar yang mula melanda pantai sejak 9 Disember lalu.

Oleh yang demikian, MPM telah mengambil langkah drastik sejajar dengan agenda utama Kerajaan MADANI iaitu mengutamakan rakyat. Tindakan pembersihan Pantai Teluk Batik telah selesai dijalankan pada 9 dan 10 Disember lalu melibatkan jumlah sampah hanyut sebanyak 29 tan manakala pembersihan pantai-pantai di Pulau Pangkor sedang giat dilaksanakan melibatkan 69 tan sampah hanyut sehingga hari ini.

MPM juga merangka beberapa usul cadangan dan permohonan bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perak bagi meningkatkan tahap keupayaan dan ketersediaan MPM menghadapi fenomena air pasang besar ini yang berpotensi berlaku lagi pada masa hadapan.

YB Loh Sze Yee juga berkesempatan membuat pemantauan terhadap tahap kebersihan dan kemudahan infrastruktur di Pantai Teluk Batik bagi memastikan persediaan menyambut Tahun Melawat Perak 2024.

Turut hadir semasa sidang media ini ialah YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Ahli-ahli Majlis MPM, wakil Angkatan Pertahanan Awam Manjung, Pengarah Kanan dan Pengarah MPM.