1.Memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada semua pelanggan adalah cekap, berkesan, mesra pelanggan dan memuaskan.
2.Memastikan semua aduan awam diberikan akuan penerimaan dalam tempoh 24 jam dan maklum balas Tindakan dalam tempoh sepuluh (15) hari bekerja.
3.Memastikan penghasilan maklumat dan informasi Majlis yang tepat dan dikeluarkan dari semasa ke semasa serta berterusan.
4.Memastikan semua pelarasan aduan, permohonan cadangan, pujian diberi maklum balas yang tepat dan cekap.
5.Memastikan penerbitan Buletin Manjung Permai setiap empat bulan sekali dan laporan disiapkan setahun sekali.
6.Berfungsi sebagai strategi pemerkasaan imej korporat MPM melalui pelaksanaan aktiviti penjenamaan dan publisiti di medium komunikasi MPM.
7.Bertanggungjawab memastikan penghasilan data dan maklumat Majlis yang tepat sebelum dikeluarkan bagi tujuan hebahan.