MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
- Tawaran adalah dipelawa kepada Petender-petender yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) dan PERSATUAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MALAYSIA (PPKKM) yang masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, kewangan yang kukuh dan stabil bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-
BIL. | BUTIRAN TAWARAN/ RUJUKAN TENDER | KOD BIDANG | TARIKH DOKUMEN DIJUAL | TARIKH TUTUP DAN HANTAR BORANG | HARGA DOKUMEN SENASKAH (RM) |
1. | Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Bangunan Milik Majlis Perbandaran Manjung MPM JKP / T / 1 / 2024 | 220801 Pertahanan Dan Keselamatan (Kawalan Keselamatan – Perlu Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seksyen 2 (a) ) | 09 September 2024 (Isnin) Hingga 27 September 2024 (Jumaat) | Tarikh 30 September 2023 (Isnin) Waktu 12.00 Tengah hari | RM150.00 |
2.Naskah Meja Tawaran boleh disemak dan dibeli di Ruang Legar Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat bermula 09 September 2024 sehingga 27 September 2024 mengikut waktu berikut:-
HARI | WAKTU OPERASI JUALAN DOKUMEN | |
ISNIN-KHAMIS | 8.15 pagi – 1.00 petang | 2.15 petang – 3.30 petang |
JUMAAT | 8.15 pagi – 12.15 tengah hari | 2.45 petang – 3.30 petang |
3.Dokumen Tender TIDAK akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh di atas.
4. Petender dikehendaki mendaftar sebagai pembekal MPM terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter untuk membuat belian dokumen di laman pendaftaran Sistem Pembekal MPM https://forms.gle/mSJRAHoyf6oXnK4x9
5. Bayaran Dokumen Tender boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang di atas nama Majlis Perbandaran Manjung atau secara Tunai di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Manjung (bayaran tidak akan dikembalikan).
6.Kehadiran taklimat adalah diwajibkan bagi Petender yang ingin memasuki Tender ini (wakil tidak dibenarkan). Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Petender yang hadir pada sesi taklimat seperti berikut sahaja :-
TARIKH | MASA | SESI | TEMPAT |
09 September 2024 (Isnin) | 9.30 pagi | Pendaftaran | Tingkat 1, Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung, 32040 Seri Manjung, PERAK. |
10.00 pagi | Taklimat |
7.Semasa pendaftaran taklimat dan pembelian Dokumen Tender, Petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut bersama CAP SYARIKAT :-
- Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;
- Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise, lengkap bersama senarai nama pemilik;
- Lesen, permit atau kebenaran menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan yang sah dan berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN);
- Bagi perkhidmatan kawalan keselamatan dengan senjata api, syarikat hendaklah memiliki lesen senjata api dan permit (carry & use) yang diluluskan oleh Polis DiRaja Malaysia atas nama syarikat dan mematuhi sebarang garis panduan berhubung permohonan dan pengendalian senjata api oleh syarikat kawalan Keselamatan Yang Berdaftar di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 atau garis panduan yang dikeluarkan oleh KDN dari semasa ke semasa sebelum menjalankan perkhidmatan;
- Syarikat adalah anggota Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sebagai ahli yang sah.
8.Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri serta ditulis nombor rujukan tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 30 September 2024 (Isnin). Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.
9.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Manjung,
Jalan Pinang Raja,
32040 Seri Manjung,
PERAK DARUL RIDZUAN.