MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod  bidang   yang masih  sah dan  mempunyai  lesen  pengendali bas bagi kelas bas henti-henti dibenarkan membuat tawaran buat masa  ini, mempunyai pengalaman, kewangan yang kukuh  dan  stabil  serta  peralatan  dan  kenderaan  yang mencukupi bagi melaksanakan kerja berikut:

BIL.BUTIR-BUTIR TAWARANKOD BIDANGTARIKH, TEMPAT DAN WAKTU DOKUMEN DIJUALHARGA DOKUMEN (SENASKAH) (RM)TARIKH, TEMPAT DAN WAKTU TENDER DITUTUP
1.NO. TENDER   MPM JPB T NO.1/2025   TENDER KONTRAK PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI DAERAH MANJUNG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (BAS PERAK SEJAHTERA)221503 (Perkhidmatan / Penyewaan dan Pengurusan / Kenderaan/Jentera/Kenderaan Rekreasi   Atau   110105 (Pengangkutan, Komponen dan Aksesori / Kenderaan Bermotor dan Tidak Bermotor/Bas)    TARIKH :   23 JANUARI 2025 hingga 13 FEBRUARI 2025   TEMPAT :   Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak   WAKTU OPERASI KAUNTER : Isnin – Khamis (8.15 pagi – 3.45 petang)   Jumaat (8.15 pagi – 12.00 tengah hari) & (2.15 petang – 3.45 petang)   *NOTA : Dokumen  Tender tidak akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh di atas    100.00TEMPAT :    Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.     TARIKH :   14 FEBRUARI 2025 (Jumaat)     WAKTU :   12.00 tengah hari    

2. Proses pembelian Dokumen Tender adalah seperti berikut :

Langkah 1 :  Kontraktor  yang  belum   mendaftar   sebagai    pembekal   dengan    Majlis    Perbandaran Manjung dikehendaki  mendaftar  terlebih  dahulu  sebelum  membuat pembelian        dokumen. Pendaftaran boleh dibuat melalui link https://forms.gle/AwykNmZppvnCgPxq6 atau mengimbas QR code di bawah.  Kontraktor perlu mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung, Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Tender tersebut.

Langkah 2 : Semasa pembelian Dokumen Tender, kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan):(*Nota : Pembeli hendaklah orang yang sama di dalam Sijil KKM dan SSM/Borang D sahaja atau wakil dengan surat pengesahan/kebenaran.

  1. Sijil  Akuan  Pendaftaran  Syarikat dari  Kementerian  Kewangan yang  lengkap  menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;
  2. Salinan   Perakuan   Pendaftaran   Borang  D  (Perakuan Pendaftaran)  atau  Borang E   (Perakuan   Pembaharuan   Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia  (SSM)  bagi  Syarikat   Enterprise;   lengkap bersama senarai nama pemilik.
  3. Lesen Pengendali Bas Bagi Kelas Lesen Bas Henti-henti.

3. Bayaran dokumen adalah secara CASHLESS SAHAJA dan tidak akan dikembalikan.

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta   ditulis nombor rujukan tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 14 Februari (Jumaat). Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap  akan ditolak.

5. Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

6. Sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi Jabatan Perancang Bandar (En. Mustapha bin Md Idris) di talian 05 – 6898844/8845.                                                             

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Manjung,

Jalan Pinang Raja,

32040 Seri Manjung, PERAK