JADUAL TAWARAN IKLAN
RINGKASAN JUMLAH TAWARAN BAGI SESI INI
Tawaran Kod CIDB – Jabatan Kejuruteraan Dan Penyelenggaraan (1 Tajuk)
- TAWARAN JABATAN KEJURUTERAAN & PENYELENGGARAN (JKJ) – GRED G1
BIL | BUTIRAN TAWARAN/ RUJUKAN SEBUT HARGA | KOD BIDANG / GRED / PENGKHUSUSAN | HARGA (RM) |
1. | KERJA-KERJA PENUTUPAN SELAMAT DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TELUK MENGKUDU, SEGARI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MPM JKJ / SH / JLN NO.18 / 2024 | G1, CE01 dan CE21 | 30.00 |
PENGUMUMAN
- Untuk makluman sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor / pembekal yang berminat dikehendaki mendaftar di pautan sistem pembekal Majlis Perbandaran Manjung terlebih dahulu atau dengan mengimbas QR code dibawah.

2.Hanya penama / pemilik yang sah sahaja seperti dalam sijil perakuan pendaftaran boleh membuat pembelian. Pihak urusetia berhak menolak sekiranya didapati maklumat tersebut palsu.
3.Bagi melayakkan pembelian Dokumen Sebut Harga, pembekal hendaklah mengemukakan salinan SIJIL – SIJIL yang mempunyai kod bidang berkaitan dan masih sah diperlakukan 3 bulan dari tarikh tamat kenyataan tawaran ini (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan). Salinan sijil tersebutseperti berikut:
a.Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB – Bagi Tajuk CIDB
b.Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB ;
DAN
c.Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.
4.Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di ruang legar, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung sepanjang tempoh jualan ini berlangsung.
5.Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan
6.Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen sebut harga bagi tiap tajuk dan mengemukakan hanya satu (1) tawaran sahaja. Dokumen tawaran yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan dan mengandungi beberapa pilihan tawaran syarikat bagi tajuk yang sama akan ditolak.