KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MPM JKJ

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja seperti berikut:

BILBUTIR – BUTIR TAWARANTARIKH / MASA JUALAN
Isnin – Khamis (08.30 am – 01.00 pm)(02.15 pm – 03.45 pm)
Jumaat
(08.30 am – 12.00 pm)(03.00 pm – 03.45 pm)
TARIKH / MASA TUTUP
(12.00 pm)
SYARAT PENDAFTARANHARGA DOKUMEN TAWARAN (RM)
1.Cadangan Membina Dan Memasang Papan Tanda Kawasan Pelancongan Bagi Lanskap Kejur Untuk Majlis Perbandaran Manjung

MPM JKJ/SH/BGN NO. 16/2020
24.09.2020 – 02.10.202002.10.2020Gred G1
Kategori CE
Pengkhususan CE21
15.00

Naskah Meja Tawaran boleh disemak di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat bermula 24.09.2020 (Khamis). Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat secara tunai di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor Hendaklah Membawa Sijil Asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Serta Sijil Taraf Bumiputera Dan Satu Salinan Bagi Setiap Sijil Tersebut Semasa Membeli Dokumen Sebut Harga.

Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar kelas G1 dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan (Gred G1) dan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Gred G1) bagi mendapatkan No. ID Kontraktor Majlis Perbandaran Manjung tertakluk kepada tempoh piagam. Kontraktor Gred G1 yang telah tamat tempoh pendaftaran dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki memperbaharui tempoh pendaftaran di Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Majlis Perbandaran Manjung dengan membawa sesalinan Sijil Asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Serta Sijil Taraf Bumiputera.

Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga bagi mengelakkan kelewatan pembelian Dokumen Sebut Harga yang mana dikhuatiri akan menyebabkan kelewatan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Kontraktor boleh muat turun Borang Pendaftaran Kontraktor Gred G1 Dengan Majlis Perbandaran Manjung dan Borang Permohonan Pendaftaran Bekalan & Perkhidmatan di laman sesawang www.mpm.gov.my secara percuma.

Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeteri dan ditulis nombor rujukan sebut harga seterusnya dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 02.10.2020 (Jumaat).

Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah, tertinggi, atau mana-mana tawaran.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Attachments:

📄 kenyataan_tawaran_sebut_harga.pdf

Tender Ref:

MPM JKJ/SH/BGN NO. 16/2020

Tender Closing Date:

Jumaat, 2 Oktober 2020