KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
- Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja seperti berikut:
BIL | BUTIR – BUTIR TAWARAN | TARIKH JUALAN | TARIKH TUTUP | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN TAWARAN(RM) |
1. | Cadangan Menaik Taraf Longkang Tanah Kepada Longkang Konkrit Di Jalan Delima/ Jalan Bidara, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKJ/SH/LKG NO. 16/2019 | 20.01.2020 – 28.01.2020 | 28.01.2020 | Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE21 | 30.00 |
2. | Cadangan Menaik Taraf Longkang Tanah Kepada Longkang Konkrit Di Lorong Seroja 1, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKJ/SH/LKG NO. 17/2019 | 20.01.2020 – 28.01.2020 | 28.01.2020 | Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE21 | 30.00 |
3. | Cadangan Menaik Taraf Longkang Tanah Kepada Longkang Konkrit Di Lorong Mawar 2 Dan Lorong Melor 3, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKJ/SH/LKG NO. 18/2019 | 20.01.2020 – 28.01.2020 | 28.01.2020 | Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 dan CE21 | 30.00 |
4. | Cadangan Menaik Taraf Longkang Tanah Kepada Longkang Konkrit Di Jalan Binjai, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKJ/SH/LKG NO. 19/2019 | 20.01.2020 – 28.01.2020 | 28.01.2020 | Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 dan CE21 | 30.00 |
2. Naskah meja tawaran boleh disemak di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada waktu pejabat bermula 20.01.2020 (Isnin). Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat secara tunai di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor hendaklah membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebut harga.
3. Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar kelas G2 dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan bagi mendapatkan No. ID Kontraktor Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga bagi mengelakkan kelewatan pembelian Dokumen Sebut Harga yang mana dikhuatiri akan menyebabkan kelewatan penghantaran Dokumen Sebut Harga.
4. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeteri serta ditulis nombor rujukan sebut harga dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 28.01.2020 (Selasa).
5. Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah, tertinggi, atau mana-mana tawaran.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Attachments:
📄 kenyataan_tawaran_sebut_harga_jkj.pdf
Tender Ref:
MPM JKJ/SH/LKG NO.16/2019
Tender Closing Date:
Selasa, 28 Januari 2020