PENGUMUMAN
- Untuk makluman sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor / pembekal yang berminat dan belum mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar maklumat syarikat melalui pautan yang diberikan terlebih dahulu atau dengan mengimbas QR code dibawah.
2.Hanya penama / pemilik yang sah sahaja seperti dalam sijil perakuan pendaftaran boleh membuat pembelian. Pihak urusetia berhak menolak sekiranya didapati maklumat tersebut palsu.Bagi melayakkan pembelian Dokumen Sebut Harga, pembekal hendaklah mengemukakan salinan SIJIL – SIJIL yang mempunyai kod bidang berkaitan dan masih sah diperlakukan 3 bulan dari tarikh tamat kenyataan tawaran ini (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan). Salinan sijil tersebutseperti berikut:
a.Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB – Bagi Tajuk CIDB
b.Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB ;
DAN
c.Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.
4.Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di ruang legar, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung sepanjang tempoh jualan ini berlangsung.
5.Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan
6.Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen sebut harga bagi tiap tajuk dan mengemukakan hanya satu (1) tawaran sahaja. Dokumen tawaran yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan dan mengandungi beberapa pilihan tawaran syarikat bagi tajuk yang sama akan ditolak.
7.Pembekal hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga sekiranya memilih menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen sebut harga yang tidak terdapat di dalam Peti Tawaran setelah ia dibuka.
9.Pihak Urusetia Perolehan Majlis Perbandaran Manjung boleh dihubungi melalui alamat emel berikut; Email : [email protected] bagi masalah teknikal dokumen yang diedarkan atau dail No telefon pejabat 05-6898800 dan sambungan mengikut jabatan berkaitan untuk sebarang pertanyaan mengenai perincian dokumen sebut harga berkenaan.
Setiausaha Perbandaran,
Majlis Perbandaran Manjung.