PENGUMUMAN

  1. Untuk makluman sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor / pembekal yang berminat dan belum mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar maklumat syarikat melalui pautan yang diberikan terlebih dahulu atau dengan mengimbas QR code ini.
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MPM :23 DISEMBER 2022

2.Hanya penama / pemilik yang sah sahaja seperti dalam sijil perakuan pendaftaran boleh membuat pembelian.  Pihak urusetia berhak menolak sekiranya didapati maklumat tersebut palsu.

3.Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di ruang legar, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung mulai 15 DISEMBER 2022 hingga 23 DISEMBER 2022.

4.Semasa pembelian Dokumen Sebut Harga, kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan). Dokumen-dokumen adalah seperti berikut:

a.Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa – bagi tajuk KKM

ATAU

b.Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB – Bagi Tajuk CIDB

c.Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB ; dan

DAN

d.Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

5.Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan.

6.Kontraktor dinasihatkan membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi memastikan nilai harga yang ditawarkan bersesuaian dan kompetetif. Harga tawaran adalah muktamad.

 

7.Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.  Dokumen Sebut Harga juga tidak akan dikeluarkan selepas tempoh di atas. 

8.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran.  Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen sebut harga yang tidak terdapat di dalam Peti Tawaran setelah ia dibuka.

9.Bagi pencegahan penularan wabak Covid–19 sepanjang tempoh Endemik, kontraktor yang hadir bagi penyerahan Dokumen Sebut Harga hendaklah memastikan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sepanjang tempoh urusan dijalankan.  Pihak Majlis tidak bertanggungjawab sekiranya pihak kontraktor gagal untuk mematuhi arahan semasa dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

10.Pihak Urusetia Perolehan Majlis Perbandaran Manjung boleh dihubungi melalui alamat emel berikut;  Emel : jprmpmanjung@gmail.com bagi masalah teknikal dokumen yang diedarkan atau dail No telefon pejabat 05-6898800 dan sambungan mengikut jabatan berkaitan untuk sebarang pertanyaan mengenai perincian dokumen sebut harga berkenaan. 

Pages: 1 2 3