RINGKASAN JUMLAH TAWARAN BAGI SESI INI
Tawaran Kod CIDB – Jabatan Kejuruteraan Dan Penyelenggaraan (2 Tajuk)
JADUAL TAWARAN IKLAN
- TAWARAN JABATAN KEJURUTERAAN & PENYELENGGARAN (JKJ) – GRED G1
BIL | BUTIRAN TAWARAN/ RUJUKAN SEBUT HARGA | KOD BIDANG / GRED / PENGKHUSUSAN | HARGA DOKUMEN SENASKAH (RM) |
1. | CADANGAN MENYEDIAKAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BAGI SAMPAH PUKAL DI TELUK CEMPEDAK, PULAU PANGKOR, UNTUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MPM JKJ / SH / BGN NO.10 / 2024 | G1, B04 dan CE21 dan M15 | 30.00 |
2. | CADANGAN MENAIK TARAF GUTTER, RWDP DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG DI DEWAN MERDEKA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, SERI MANJUNG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MPM JKJ / SH / BGN NO.14 / 2024 | G1, B15 atau B24 | 30.00 |
PENGUMUMAN
- Untuk makluman sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor / pembekal yang berminat dan belum mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar maklumat syarikat melalui pautan yang diberikan terlebih dahulu atau dengan mengimbas QR code dibawah.

2.Hanya penama / pemilik yang sah sahaja seperti dalam sijil perakuan pendaftaran boleh membuat pembelian. Pihak urusetia berhak menolak sekiranya didapati maklumat tersebut palsu.
3.Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di ruang legar, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung mulai 8 MEI 2024 hingga 14 MEI 2024.
4.Semasa pembelian Dokumen Sebut Harga, kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan). Dokumen-dokumen adalah seperti berikut:
Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB – Bagi Tajuk CIDB
Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB ;
DAN
Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.
5.Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan.
6.Kontraktor dinasihatkan membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi memastikan nilai harga yang ditawarkan bersesuaian dan kompetetif. Harga tawaran adalah muktamad.