
DAFTAR PENYERTAAN SEBUT HARGA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Daftar ini HANYA dibuka secara atas talian pada tarikh yang berkenaan sahaja. Kontraktor yang berminat dikehendaki mengisi maklumat melalui pautan seperti tertera dalam jadual dibawah. Satu (1) pautan mewakili satu (1) tajuk tawaran. Kontraktor yang tidak mendaftar semasa pautan ini dibuka adalah tidak dibenarkan untuk menyertai tawaran ini.
KELAYAKAN UTAMA / KOD BIDANG | TARIKH PENDAFTARAN |
221002 – MEMBERSIH KAWASAN 221006 – MEMBERSIH PANTAI / SUNGAI / TERUSAN / EMPANGAN / TASIK | LINK DAFTAR DIBUKA : 14 JUN 2021 LINK DAFTAR DITUTUP : 15 JUN 2021 (Jam 11.59 Malam) |
SILA SEMAK kelayakan syarikat tuan puan dalam hebahan iklan sebelum mengisi pautan yang diberi. Pihak Majlis Perbandaran Manjung berhak menolak mana-mana maklumat yang tidak lengkap.
PERHATIAN, satu (1) alamat emel hanya boleh mewakili satu (1) syarikat sahaja. Penyebut harga yang berjaya melepasi kelayakan akan menerima Dokumen Sebut Harga secara softcopy melalui capaian URL (link URL) yang akan diedarkan mulai 17 JUN 2021. Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun untuk sesi pengisian serta WAJIB dibukukan / didokumentasikan mengikut tajuk.
Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi mengikut senarai semak hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran pada atau sebelum jam 12.00 tengahari 23 JUN 2021 bertempat di;
PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK
BIL | BUTIRAN TAWARAN /RUJUKAN SEBUT HARGA | PAUTAN / LINK |
1. | Sebut Harga Kerja – Kerja Pembersihan Longkang Kelebaran Melebihi 1.2 Meter Zon 1 – Seri Manjung (Kawasan A) Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKPPB SH NO. 3 / 2021 | https://forms.gle/jrsXK5tLQ6RFPXGC7 |
2. | Sebut Harga Kerja – Kerja Pembersihan Longkang Kelebaran Melebihi 1.2 Meter Zon 1 – Seri Manjung dan Lumut (Kawasan B) Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKPPB SH NO. 4 / 2021 | https://forms.gle/x9fBTQ9fv2igxsLp7 |
3. | Sebut Harga Kerja – Kerja Pembersihan Longkang Kelebaran Melebihi 1.2 Meter Zon 1 – Seri Manjung (Kawasan C) Untuk Majlis Perbandaran Manjung MPM JKPPB SH NO. 5 / 2021 | https://forms.gle/RtFyeHmpPW2Fdb8z6 |
Attachments:
📄 DAFTAR PENYERTAAN SEBUT HARGA
Tender Ref:
MPM JKPPB SH NO. 3/2021
Tender Closing Date:
Selasa, 15 Jun 2021