IKLAN KEKOSONGAN KIOSK PENJAJA E-KASIH
Syarat-syarat adalah seperti berikut :
1. Wajib berdaftar dengan Sistem E-kasih
2. Tergolong dalam kategori miskin bandar / miskin tegar
3. Berumur 18 tahun ke atas
4. Berpengalaman dalam menjalankan perniagaan
5. Komited dalam meningkatkan pendapatan keluarga
Untuk makluman, Kiosk Penjaja E-Kasih ini adalah inisiatif Majlis Perbandaran Manjung untuk membantu golongan miskin bandar/miskin tegar untuk keluar daripada garis kemiskinan melalui program keusahawanan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Sekiranya berminat, tuan/puan boleh menghubungi nombor telefon seperti yang tertera atau boleh hadir secara terus ke Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.