HEBAHAN
Dalam dunia ini siapa yang sukakan sampah? Melainkan sampah masyarakat sahaja yang sukakan sampah!
Kenapa, ya? Salah satu daripada tabiat orang kita adalah suka membuang sampah keluar tingkap kereta. Sedangkan menjaga kebersihan adalah salah satu daripada kesedaran sivik yang mesti ada dalam diri dan minda kita. Ini juga menjadi ilmu dan praktikal yang perlu kita tunjukkan kepada anak-anak kita.
Sampah itu nampak kecil dan mungkin ketika membuang sampah, tiada orang yang melihatnya. Namun, di akhirat nanti kita tetap akan didakwa atas setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah. Jadi, renung-renungkanlah.
Ayuh, mulakan amalan membuang sampah secara betul, kerana dari amalan dan rutin yang nampak sukar pada mulanya, ia akan berubah menjadi budaya yang baik dalam masyarakat.
P/s: HANYA MONYET YANG MEMBUANG SAMPAH SEMBARANGAN