Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.

Kawal dan jaga haiwan peliharaan anda supaya haiwan tersebut sentiasa terpelihara dan tidak membawa bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Mengikut peruntukan, semua anjing mencapai usia tiga bulan hendaklah dilesenkan, dengan pemiliknya perlu mengambil langkah segera bagi membolehkan anjing mereka diperiksa dan dirawat oleh doktor veterinar jika berpenyakit.

Di bawah undang-undang tersebut, menjadi tanggungjawab pemilik mengambil inisiatif memastikan anjing peliharaan mereka tidak menjadi gangguan kepada jiran-jiran disebabkan oleh salakan tidak berhenti-henti atau lain-lain.

Selain itu, pemilik haiwan peliharaan juga perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan anjing mereka tidak merayau di luar kawasan premis pemilik dan anjing tersebut perlu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya.

Merujuk peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDM) 1993 UUK 9 (1), anjing yang berkeliaran di luar premis tanpa pemunya (sama ada memakai lencana lesen atau tidak) boleh ditangkap dan dimusnahkan.

Sekiranya tuan pemunya anjing didapati melakukan kesalahan atau tidak memohon lesen mengikut UUK tersebut, maka tindakan boleh diambil.

Tanggungjawab pemilik sangat jelas ketika memohon lesen anjing agar haiwan kesayangan mereka tidak menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk terutama di tempat awam.

Tak kisahlah jika nak bela anjing, kucing, lembu, arnab atau apa sahaja haiwan peliharaan tapi pastikan jaga haiwan-haiwan tersebut, bukan dibiarkan lepas bebas tanpa pemantauan sehingga boleh mengundang bahaya, kemarahan dan perselisihan faham dengan jiran tetangga pula.

Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.