SOAL SELIDIK KESAN PLATFORM PEMBAYARAN MUDAH ALIH myMANJUNG TERHADAP PENERIMAAN PENGGUNAAN e-PERKHIDMATAN BAYARAN OLEH KOMUNITI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato’, Dr, Tuan, Puan,

Majlis Perbandaran Manjung sedang menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesan platform pembayaran mudah alih myManjung terhadap penerimaan penggunaan e-perkhidmatan bayaran oleh komuniti Majlis Perbandaran Manjung. Kami amat menghargai penyertaan dan maklum balas Y.Bhg Dato’, Dr, Tuan dan Puan dalam kaji selidik ini.

Objektif kaji selidik ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat selaras dengan matlamat utama Majlis Perbandaran Manjung iaitu mewujudkan kawasan perbandaran yang selesa, selamat dan harmoni melalui pembinaan keupayaan (Capacity Building) yang berterusan dalam pelbagai bidang.

Responden WAJIB menjawab semua soalan mengikut arahan yang diberikan. Data yang dikumpul daripada kaji selidik ini akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan dalam sistem pengurusan Majlis Perbandaran Manjung sahaja. Penyertaan Y.Bhg Dato’, Dr, Tuan dan Puan dalam kaji selidik ini amat dihargai. Y.Bhg Dato’, Dr, Tuan dan Puan hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk menjawab.

Sila tekan pautan berikut untuk menjawab soal selidik:
https://forms.gle/VgdexdMLviGZYDQt8

Disediakan oleh:
UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN