Jom komuniti setempat datang berbuka puasa bersama pada 4 April 2023 di Masjid Darul Naim, Kpg Bakar Bata, Beruas bagi memupuk hubungan ukhuwah yang mesra diantara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti perbandaran dalam membangunkan modal insan yang jitu sebagai teras perpaduan dalam memacu kemakmuran.

Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pelancaran episod kedua dari keseluruhan 3 Flipbook bagi masjid-masjid pilihan di daerah Manjung bagi menyelusuri warisan dan penceritaan di sebalik institusi masjid bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Masjid Darul Naim, Kpg Bakar Bata, Beruas sejarah awal pembinaan masjid pada tahun awal 1950 di tapak lama perkuburan. Setelah itu masjid baru telah didirikan pada tahun 1960-1970 menggunakan tiang kayu bulat, tikar mengkuang, atap zink dan telaga air besar kerana tidak mempunyai kemudahan paip air. Masjid baru yang sekarang telah siap dibina pada 1983, masjid tersebut dibuat melalui kutipan duit dan sumbangan daripada penduduk kampung. Seterusnya terdapat pelbagai aktiviti di Masjid Darul Naim semasa bulan Ramadhan seperti berkongsi tukar makanan, menyediakan makanan untuk orang kampung berbuka puasa, majlis berbuka puasa, Majlis Tadarus Al-Quran bersama-sama penduduk kampung selama sebulan semasa berpuasa dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Pada tahun 1995, masjid ketiga telah dibina atas peruntukan daripada pihak kerajaan. Oleh itu, pembinaan kayu masjid yang sebelumnya telah ditukar dengan pembinaan konkrit batu bata. Penduduk kampung berasa lebih selesa kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan sebagainya. Kapasiti masjid ini boleh memuatkan seramai 500 orang jemaah. Menariknya tentang masjid ini terdapat kaum-kaum ibu yang rajin melakukan pelbagai aktiviti seperti marhaban, mandi jenazah, menyedekahkan bacaan khatam Al-Quran kepada orang kampung yang meninggal dunia, majlis tadarus Al-Quran, dan sebagainya. Hal ini menyebabkan masjid akan sentiasa dipenuhi pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua penduduk Kampung Bakar Bata.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. – Surah al-Baqarah ayat : 183

E-flipbook yang boleh diakses melalui qr code dan link digital bagi memudahkan komuniti mendapat maklumat terus perihal sejarah dan warisan masjid-masjid di daerah Manjung secara digital dan dalam talian.

https://online.pubhtml5.com/tfkm/nfac/#p=1

Semoga bermanfaat dan nantikan siri seterusnya.

Siri &#8216; JEJAK WARISAN MASJID &#8216;<br>EPISOD 2 : MASJID DARUL NAIM, KPG BAKAR BATA, BERUAS