RALAT KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MPM JKPPB: LAMAN 3 DARI 3

4. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memasuki sebut harga ini (wakil tidak dibenarkan). Dokumen Sebut Harga hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang hadir pada sesi taklimat sahaja. Kontraktor adalah dinasihatkan membuat lawatan bersama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pembantu Kesihatan Awam ke tapak kawasan kerja bagi sebut harga yang ingin ditawarkan bagi memastikan nilai kerja yang ditawarkan bersesuaian dan kompetetif. Harga tawaran adalah muktamad.

5. Semasa pendaftaran taklimat dan pembelian Dokumen Sebut Harga, Penyebut Harga  hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak dua (2) salinan (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut bersama CAP SYARIKAT:

  1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa; dan
  3. Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

6. Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor yang tidak mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung, tidak dibenarkan untuk membeli Dokumen Sebut Harga. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga untuk mengelakkan kelewatan pembelian dan penghantaran Dokumen Sebut Harga.

7. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 05 Februari 2020. Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.

8. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan.

9.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Manjung,

Jalan Pinang Raja,

32040 Seri Manjung,

PERAK DARUL RIDZUAN

📄 ralat_kenyataan_tawaran_sebut_harga_jkppb.pdf

Pages: 1 2 3