PROGRAM PERTUKARAN BARANGAN KITAR SEMULA DENGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

Program Pertukaran Barangan Kitar Semula Dengan Barangan Keperluan Harian Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 akan diadakan pada 2 Julai 2022 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Padang Astaka, Sitiawan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh membawa barangan kitar semula seperti tin minuman, kaca, plastik, surat khabar, buku lama, kotak dan kertas untuk ditukarkan kepada pelbagai barangan keperluan harian.

Ater tunggu apa lagi? Moh kita bersama-sama mengamalkan kitar semula demi memulihara ekosistem dan alam sekitar!!!

#kitarsemula

#SAYANGIALAMSEKITAR

#mpmanjung

#mypatil

#mymanjung