𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍
Jom kitar semula!!
Anda ada barang yang boleh dikitar semula?
Ayuh, asingkan mulai hari ini dan tebus insentif dengan barang keperluan harian di MPM.
Sertai Majlis Perbandaran Manjung dalam Program Pertukaran Barangan Kitar Semula Dengan Barangan Keperluan Harian sepertimana ketetapan berikut :
8 April 2023 (Sabtu)
8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Perkarangan Lobi Blok A, MPM
Program ini berlangsung pada hari Sabtu, minggu pertama setiap bulan.
Kitar semula akan mengubah sisa barangan menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.
Apa tunggu lagi? Ayuh kita bersama-sama mengamalkan kitar semula demi memulihara ekosistem dan alam sekitar!!