𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍
Anda mempunyai barang yang boleh dikitar semula?
Jangan buang ke tempat yang tidak sepatutnya.
Ayuh, komuniti Manjung, bawa barang kitar semula seperti tin minuman, botol, plastik, kaca, kertas, buku lama dan kotak ke Majlis Perbandaran Manjung untuk ditukarkan dengan barangan keperluan harian sepertimana ketetapan berikut :
11 Mac 2023 (Sabtu)
8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Perkarangan Lobi Blok A, MPM
Amalkan budaya kitar semula demi memelihara ekosistem bagi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang!