𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍
Anda mempunyai barang yang boleh dikitar semua?
Ayuh Komuniti Manjung, anda boleh datang ke Majlis Perbandaran Manjung untuk membuat pertukaran barangan kitar semula dengan barangan keperluan harian sepertimana ketetapan berikut :
8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Perkarangan Lobi Blok A, MPM
Sehubungan dengan itu, anda boleh membawa barangan kitar semula seperti tin minuman, botol, plastik, kaca, kertas dan buku lama, kotak dan lain-lain lagi untuk ditukarkan kepada pelbagai barangan keperluan harian.
Program ini diadakan bagi memupuk sifat kitar semula kepada warga komuniti Manjung demi memulihara ekosistem dan alam sekitar. Bumi akan bersih, selamat dan tidak akan tercemar jika kita bersama menjaga Kelestrarian Alam.
Ayuh! Bersama-sama Lestarikan Alam Sekitar!
