PROGRAM PERTUKARAN BARANGAN KITAR SEMULA DENGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
Program Pertukaran Barangan Kitar Semula Dengan Barangan Keperluan Harian akan diadakan pada 4 Jun 2022 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Lobi Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Program ini berlangsung setiap bulan iaitu pada hari Sabtu, minggu pertama.
Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh membawa barangan kitar semula seperti tin minuman, botol, plastik, surat khabar, buku lama, kotak dan kertas untuk ditukarkan kepada pelbagai barangan keperluan harian.
Apa tunggu lagi? Ayuh kita bersama-sama mengamalkan kitar semula demi memulihara ekosistem dan alam sekitar!!!