PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI CEGAH PENYAKIT DEMAM DENGGI DAN KAWALAN NYAMUK AEDES DI DAERAH MANJUNG
Jom warga Manjung prihatin.
Sertai Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Tahun 2024 Peringkat Daerah Manjung anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Serba Guna Sitiawan Barat
RPA Sitiawan
Turut diadakan booth pameran agensi kerajaan, Program tukar barang kitar semula kepada barangan keperluan, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi yang menarik.
Jom kita luangkan masa…10 minit setiap minggu cari dan musnah bekas-bekas takungan air di lokasi yang berisiko membiak nyamuk aedes.
“Usaha anda tampak kecil namun mampu menyelamatkan nyawa”.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung