PERMIT PENJAJA HARIAN SEMENTARA & ADUAN AWAM KINI DI APLIKASI MYMANJUNG
🎉🎉🎉 Abang, kakak, adik, yob dan yong yang menjaja keropok lekor, kuih muih, makanan, air kopi viral dan sebagainya! Berita baik!!
Pendaftaran dan Pembayaran Permit Penjaja Harian Sementara kini boleh diakses di aplikasi myMANJUNG! Mudah dan cepat. Tidak perlu ke kaunter MPM. Daftar dan buat pembayaran hanya di hujung jari anda!
Seterusnya…
Ada masalah kacau ganggu, anjing liar, pokok tumbang dan sebagainya? Tetapi PKP menyukarkan pergerakan anda? Muat turun aplikasi myMANJUNG di telefon bimbit anda dan salurkan aduan melalui aplikasi ini. Tidak perlu hadir ke kaunter MPM, tidak perlu menunggu waktu pejabat untuk membuat panggilan telefon. Mudah dan cepat bukan? Tunggu apa lagi?
Team Media myMANJUNG,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG