PERHATIAN KEPADA SEMUA PREMIS PERNIAGAAN DAN MEREKA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Berdasarkan arahan terbaru Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak memutuskan :

1. HANYA DIBENARKAN penjualan makanan secara atas talian (online) daripada rumah/restoran sahaja, secara penghantaran (delivery).

a.) Untuk itu, para PENIAGA perlu berdaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dan memenuhi keperluan kesihatan seperti suntikan Tifoid dan mengisi borang yang disediakan di link berikut:

https://forms.gle/7Q1kdPtw5Q6jL3fy9

b.) Para peniaga PERLU menggunakan Khidmat Penghantar seperti Food Panda / Grab Food / Yezza ataupun penghantar persendirian yang telah berdaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung.

Rider/Runner/Penghantar Makanan boleh mendaftar sebagai Penghantar Makanan di link tersebut:-

https://forms.gle/kkcPhLVQMb6A3emE6

Rider/Runner/Penghantar Makanan tertakluk kepada radius pergerakan yang telah ditetapkan iaitu 10 km dari pusat operasi dan telah membuat saringan kesihatan (Suntikan Vaksin Tifoid) di klinik klinik yang menawarkan.

c.) Peniaga boleh menggunakan sebarang platform yang ada di media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing.

Premis makanan/Bazar Ramadan secara konvensional, drive thru, walk thru, pesan dan ambil sendiri adalah TIDAK DIBENARKAN.

Jualan makanan di tepi jalan, warung, medan selera, food truck juga TIDAK DIBENARKAN.

Kaedah vendor di premis makanan juga TIDAK DIBENARKAN – Penjaja/peniaga digalakan meletak juadah dan di uruskan oleh pemilik premis berkenaan.

Setiap peniaga yang berdaftar akan diberikan logo yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung.
Peniaga boleh gunakan logo tersebut sebagai rangka promosi untuk meyakinkan pembeli.

Tiada sebarang caj yang akan dikenakan bagi urusan pendaftaran ini. Kos suntikan vaksin tifoid adalah tanggungjawab peniaga dan rider/runner sendiri.

Sekian,
Terima kasih.

JABATAN PELESENAN (WhatsApp 019-2084007),
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG