PENYEDIAAN KEMUDAHAN MESIN ATM/CDM DI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menyediakan kemudahan Mesin Teller Automatik (ATM)-MEPS/Mesin Deposit Tunai (CDM) di hadapan pejabat MPM. Perkhidmatan yang mula beroperasi pada hari ini disediakan bagi memberi kemudahan perbankan kepada komuniti setempat dan para pelanggan yang berurusan di MPM.
#perangicovid-19
#patuhiSOP
#kitajagakita
#kitajaganegarakita
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG