PENGELUARAN NOTIS E-CUKAI TAKSIRAN
Majlis Perbandaran Manjung telah mengeluarkan Notis E pada 12 Mac 2022 kepada pemilik-pemilik harta yang masih tidak membuat pembayaran sehingga 28 Februari 2022. Sekiranya pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh 15 hari selepas menerima Notis E, denda Borang F (Waran Tahanan) akan dikenakan dan seterusnya tindakan sitaan akan dilaksanakan.
TIndakan ini adalah berdasarkan Seksyen 147 dan 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Penerima Notis E boleh melakukan pembayaran di aplikasi myMANJUNG yang boleh dimuat turun di Google Play Store and App Store.
Kepada pembayar-pembayar cukai yang telah menjelaskan cukai taksiran, MPM merkamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.
