PEMBERIAN BAUCAR SEBAGAI INSENTIF ATAS USAHA PEMAJU/ ORANG UTAMA YANG MENGEMUKAKAN (PRINCIPAL SUBMITTING PERSON – PSP) DALAM MELAKSANAKAN TEKNOLOGI HIJAU DI DALAM REKA BENTUK BANGUNAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Bermula 1 Disember 2022, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melaksanakan insentif dalam bentuk pemberian baucar kepada pemaju/PSP sebagai galakan dalam melaksanakan teknologi hijau khususnya dalam reka bentuk bangunan.

Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi yang dapat meminimum atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Ia merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar serta selamat digunakan di samping menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
  2. Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  3. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Dalam hal ini, MPM telah mensyaratkan pelaksanaan sumber semulajadi sebagai sumber tenaga kedua dalam bangunan (RE,EE,SPAH) dengan pelaksanaan sekurang-kurangnya menyediakan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).

Kaedah penilaian bagi pemberian insentif dibuat semasa peringkat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC) diterima bagi membuktikan ia telah dilaksanakan.

Dalam hal ini, penyediaan teknologi hijau tersebut perlu ditunjukkan di dalam pelan di samping memastikan pelaksanaan tersebut semasa permohonan CCC dibuat.

Pemberian baucar tersebut boleh ditebus semasa bayaran fee proses pelan

dijelaskan seperti berikut:

  1. RM100.00 bagi kategori skim perumahan, komersial, industri atau pembangunan berskala besar (4 unit ke atas) dan diberi kepada pemaju setelah CCC dikeluarkan; dan

2. RM50.00 bagi kategori bangunan persendirian – contoh : rumah sesebuah/kilang sesebuah/rumah ibadat dan sebagainya dan diberi kepada PSP setelah CCC dikeluarkan terhadap pembangunan ini.

Baucar yang diberi tertakluk kepada jumlah penyediaan teknologi hijau yang telah diaplikasikan dalam projek tersebut.