PEMBAHARUAN LESEN PERMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2024
Majlis Perbandaran Manjung telah menetapkan kepada semua pemilik lesen premis perniagaan di bawah pentadbiran (MPM) perlu memperbaharui lesen bagi tahun 2024 bermula 2 Januari 2024 sehingga 31 Januari 2024.
Pemilik lesen boleh hadir ke Kaunter Khidmat Pelanggan MPM dengan membawa lesen tahun 2023. Semak syarat yang ditetapkan mengikut jenis lesen perniagaan sebelum hadir ke kaunter bagi memudahkan urusan anda. Kaunter pembaharuan lesen dibuka setiap hari bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang (Isnin – Jumaat).
MPM mengingatkan kepada semua pemilik lesen premis perniagaan agar memperbaharui lesen mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pemilik lesen bakal berdepan dengan tindakan penguatkuasaan dan denda lewat sekiranya gagal berbuat demikian.
Bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan pembaharuan lesen, sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Manjung di talian 05-6898916/8918.
Harap maklum. Terima kasih