PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTR BAYARAN PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG CAWANGAN PULAU PANGKOR MULAI 11 JUN 2020

Dimaklumkan bahawa mulai 11 Jun 2020 (Khamis), Kaunter Bayaran pejabat Majlis Perbandaran Manjung Cawangan Pulau Pangkor akan beroperasi mulai jam 8.15 pagi sehingga 2.30 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis (turut beroperasi pada waktu rehat). Manakala pada hari Jumaat, waktu operasi adalah mulai jam 8.15 pagi sehingga 12.15 tengah hari.

Walau bagaimanapun, para pelanggan adalah digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan selaras dengan langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pembayaran atas talian boleh dilakukan menerusi Sistem E-Bayaran di portal rasmi Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my, perbankan internet dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my